Sunday, February 14, 2010

Gong Xi Fa Cai & Happy Valentine & Happy Bday(yang Berkenaan)

Gong Xi Fa Cai kepada rakan-rakan bloggers yang menyambut Tahun Baru Cina khususnya yang berbangsa Cina. Kepada Rakan-rakan di Sabah, Kerinduan kunjung-mengunjung rakan dan saudara sewaktu Menyambut Tahun Baru Cina masih terbayang-bayang di ruang kenangan. Yang berbangsa Kadazandusun, Brunai, Bajau mahupun Biasaya terus berkunjung ker rumah rakan yang menyambut CNY tanpa rasa was-was. Bukan Ang Pow yang jadi tarikan, tapi semangat setiakawan dan hormat menghormati yang sangat tulen.

Kepada rakan-rakan blogger, jom cari Limau, bukan Harimau tau walaupun Tahun Baru Cina Tahun ni, Tahun HARIMAU. Yang penting Hari-hari MAU cari Wang..ehehe...jadi hari-hari klik-klik blog kita!

Selamat Hari Valentine kepada yang menyambutnya. Tak mau nasihat, Tak mau komen. Yang penting pandai-pandailah celebrate. Kalau perlu ikut nasihat pantun KARAM SINGH WALIA pun elok gak:
ADA LORI , ADA BAS, NAIK LORI JANGAN 'TERBABAS'.

Kepada yang menyambut Hari Jadi...wah untungnya, dapat ANG POW, DAPAT BUNGA dan KEK..Selamat Hari Jadi, Semoga Panjang Umur dan Murah Rezeki!

Monday, February 8, 2010

Tips Mengenali Mutiara

Mutiara Merupakan askesori yang sangat diminati oleh golongan wanita. Golongan ini sanggup berbelanja tinggi untuk mendapatkan mutiara untuk dijadikan gelang, cincin, subang dan pelbagai hiasan lagi.

Bagaimanakah kita mengetahui Mutiara Tersebut TULEN atau ASLI? Saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan atau TIPS mengenai Mutiara.

Daripada segi bentuk, Mutiara Asli ada bebentuk bulat. Mutiara ini diperolehi dari dasar laut atau laut dalam. Walau bagaimanapun pada masa kini, terdapat juga Muitara yang diternak. Kebiasaannya Mutiara jenis ini diternak di kawasan-kawasan yang tidak terlalu dalam airnya. Mungkin disebabkan oleh faktor ini Mutiara Ternak berbentuk agak bujur (tidak bulat dengan sempurna)

Untuk menguji samada Muitara yang bulat itu benar-benar tulen, kiat boleh meminta Muitara tersebut diujibakar. Sekiranya ia tiruan (diperbuat daripada plastik) maka plastik tersebut akan terbakar, sebaliknya sekiranya ia tulen.

Sekian. Harap Maklum dan Jangan Jadi TIPAH TERTIPU LAGI...