Friday, December 18, 2009

POTONG & BLACKOUT



Sape dah potong? I dah potong. Potong rambut la...tapi dengan hair stylish yang tak pakai "P". Buat apa nak PERCAYA kalau TAK PAKAR. Kalau nak POTONG BUDGET berisiko gak, nanti sumbing cuping telinga I. Paling kureng pun, rambut I yang kiut miut ni ter POTONG pendek. I tak nak jadi fesyen Minah Rempit.



Cakap pasal POTONG, bulan ni ramai yang kena POTONG BUDGET. Dulu makan nasi - beras wangi, beras siam. Bulan December ke Januari 2010 ni terpaksa lah makan beras BERAS NASIONAL RM17.50 ( ni yang sedih macam nak nyanyi lagu tema Tabung BersamaMU Tv3)..semalam dah nyanyi bahagian chorus, tiba2 hujan, terpaksa lah berhenti nyanyii.



Baju sekolah, kasut sekolah, buku-buku, tambang bas & macam-macam lagi banyak kena beli bulan ni. Kalau Mak nye pandai jahit baju,  POTONG lah sendiri, yang penting  jangan sampai terPOTONG jari.
Macam mana agaknya keluarga yang berpendapatan rendah. Nak POTONG budget camana lagi kalau income pun CIPUT! Dahlah makan beras NASIONAL, nak POTONG BUDGET terpaksa la makan BUBUR. 

Yang  dah memang makan bubur camana nak POTONG Budget? Kot kot kenalah cair kan sikit bubur tu. 

Terbaca berita sebelum ni, tahun depan 2010, TNB nak minta naik caj elektrik. Rugi konon. Kepala hotak bapak dia, datuk dia sekali lah.  Kalau PRamlee masih hidup mesti dorang kena Zam Zam Alakazam...hapus dari dunia. Semua org nak POTONG budget dia pula nak tambah. Kan baik kerajaan cipta 1 lagi syarikat TNB no.2. 
Macam AirAsia & MAS. Dulu balik-balik MAS kata rugi walaupun takda orang POTONG jalan- Airasia tak wujud lagi masa tu.Pun cakap rugi. Bila Airasia dah ada, AirAsia untung pun, MAS tak kecoh pun kata rugi banyak. 



Yang penting POTONG gaji  VVIP TNB (CHAIRMAN, CEO, COO, MD). Kalau ada Elaun kereta-pakai Merz, Perdana, Honda & sebagainya POTONG  budget. Bagi dorang pakai kereta POTONG je. Gaji dorang yang tinggi ni yang buat TNB rugi, lepas tu tolak BEBAN kat kita. 
Takkan kita pun nak POTONG budget, kata lah sekarang ni blogging 24 jam,kena kurang ke 8 jam. Mana BEST! nak KLIK-KLIK NUFFNANG pun dapat, mana nak MASYUUUK!

I tengah marah ni. Tu pasal I ber GELAP NI, protes dgn TNB. 


Cerita pasal bergelap, kat Semenanjung jarang ada kejadian BLACKOUT atau bergelap.
Kat Sabah, jangan cerita lah..rutin! Dalam seminggu WAJIB blackout. Tapi bila lambat sikit bayar bil, dengan segala hormatnya dia pergi POTONG power..sepatutnya setiap minit masa BERGELAP tu mesti ada pampasan, kata lah RM2/sesaat-baru lah adil. You fail,you pay.
Bila blackout,mula lah jammed kat jalan raya. Bila jammed mula lah POTONG Que. Kat sanalah niat nak POTONG kos minyak terGENDALA SEBENTAR. Kalau aksiden lagi, bukan tergendala SEBENTAR bang oi. Mungkin orang-orang yang jaga TNB ni tak lepas baca ABC kot. Mungkin waktu dorang sekolah, tengah belajar ABCDEFGHIJKL...tiba-tiba cikgu dorang mati! Cikgu baru pula, terus ajar 123456789. Agaknye ilmu dorang tak lengkap...ish ish cian nye. Tapi sape nak kecian kan kita! MEREKA & KELUARGA MEREKA???

Alasan lain, KOT KOT  dorang TAK POTONG LAGI!!!?

Wednesday, December 16, 2009

SELAMAT BERKENALAN & BERBLOG-BLOG & BER DOT DOT DOT COM

Selamat datang dan terima 'kuaci' kerana sudi 'mencemar duli' melawat dan mengomen blog I yang tak seberapa hensem ni. Disebabkan banyak faktor termasuk H1N1, dan dah nak jadi H2N2-GELOMBANG KE-2  I tak brapa rajin ber website2 atau  ber blog2....tapi entah tapi kenapa...TIBA2..I jadi rajin, lupa makan...lupa tidur, semalaman update blog.

    

Dah lama gak tak buat website @ blogging. Semua ilmu dah bagi balik chegu...dah hampir lupa. 
  

Sebenarnya dah menguap banyak kali, tapi kawan-kawan punya pasal, I nak berceloteh sikit. Jam 7.45am kena bangun, 8.30pm kena punch card. Tak pe, SMS kawan kerja tolong punch...hehehe..Sekali sekala nak mengULAR gak, jangan sampai mengANACONDA dah lah..

  

Tengok korang rajin gak update blog ye...follow up semua2 tu...tau lah sebab apa...hehehe...dapat advert(wang) dari nuffnang.. "Bisa dapat Uang Kok! Nanti boleh buat tambang balik ke Lumbok!! ops....sensitif tu...
  

Sape-sape yang demam, sakit mata minta lah MC dari doktor. Tapi ada gak yang lebam  mata minta MC dari doktor..isk isk isk...cian ye...I pun cian gak, bukan apa, dah tengah bulan ni-poket kering. Silap haribulan makan maggie belah 4/hari. 
   

Christmas dah dekat, sekolah pun dah nak buka balik. Masa ni lah ramai yang pokai gara-gara beli peralatan balik sekolah. Sekarang ni banyak barang naik, 1 Malaysia naik. Kasut, baju, buku dan macam2 lagi. Gara-gara barang naik, terpaksa lah Ibu bapa yang tak berapa mampu beli barangan budak kat kedai RM2. Nak buat camana, memang tau pun barang tak berkualiti, tapi apa kan daya "RAKYAT RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".
   

Nak derma kat Tabung BersamaMu TV3, tabung kita pun selalu je kosong. Kita derma kan doa je lah. 
   

Sebelum terlupa...kalau ada sape-sape  nak tanye pasal gambar-gambar produk yang posted kat blog ni...tanye lah. Tak payah bayar.  Dekat KL ni hampir semua kena bayar, dekat Plaza Low Yat je, toilet pun RM1.  Kalau dalam sehari nak buang air 5 Kali dah RM5, kalau cuaca sejuk-hujan, pastinya nak masuk dalam 10 kali gak, RM10????!! Nasi Ayam Special 2 bungkus.
      

Produk-produk tu kebanyakkan di dapati dari Sabah. Hasil kerja seni yang sangat halus hasil buatan tangan sepenuhnya. Ada siapa-siapa yang pernah pergi Sabah? Ada kesempatan, jenguk2 rakan kita 1 Malaysia kat Sabah. Kalau kesempitan, cari lah tambang murah Airasia dan rajin-rajin lah berblog supaya dapat duit lebih.
  

Sebelum I mencarut lebih panjang lebar dengan kepala dah pening ni ngantuk. Tolong-tolong lah klik advert nuffnang dan apa-apa yang berkaitan. Sebarang komen dan cadangan dialu-alukan. Kecik Tapak Tangan Stadium Merdeka I tadah kan.
    

Sekian untuk hari ni, Majulah Sukan Untuk Negara. untuk Rakyat Yang GEMILANG, CEMERLANG dan TERBILANG.