Monday, January 25, 2010

Mutiara dan Kraftangan dari Sabah

Mungkin ramai yang meminati Mutiara. Kat Sabah, mutiara sangat mudah diperolehi di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu terutamanya di kawasan Pasar Filipina dan Pusat Kraftangan, Wawasan Plaza.

Kebanyakkan Mutiara yang terdapat kat Bandaraya Kota Kinabalu adalah jenis Mutiara Ternak. Ia berbentuk bujur, tidak seperti Mutiara Dasar Laut yang berbentuk bulat. Selain daripada bentuk, harga Mutiara Dasar Laut adalah sangat Mahal dan agak sukar didapati.

Selain Mutiara, Sabah juga terkenal dengan gelang-gelang tradisi yang diperbuat daripada manik-manik kecil. Kerja-kerja untuk membuat gelang-gelang tradisi ini agak sulit. Walau bagaimanapun, penduduk-penduduk kampung masih menjualnya dengan harga yang berpatutan.


Mungkin jika Tiada Aral Melintang, sedikit masa lagi saya akan pulang bercuti ke Sabah. Kalau ada siapa-siapa yang berminat untuk membuat tempahan, bertanya tentang maklumat gelang atau mutiara ni jangan segan silu untuk meng-email pertanyaan.

Sekiranya berkesempatan, saya akan berusaha untuk berhubung terus kepada pembuat-pembuat kraftangan dan pengusaha mutiara ini. Kebanyakkan mereka adalah golongan wanita dan bukanlah hidup terlalu mewah seperti yang kita bayangkan. Mungkin dengan sokongan daripada kita, golongan ini akan lebih berjaya dalam mengusahakan produk perniagaan kesukaan wanita ini.

Thursday, January 14, 2010

PANDU KERETA DI LORONG MOTOR

Ketika memandu menuju ke PJ teringat satu cerita agaknya paling lucu di jalan raya. Kisah ayah seorang kawan yang berasal dari Sabah di pindah bertugas ke Semenanjung. Untuk menjimatkan kos, ayahnya membawa sekali kereta tua dari Sabah yang berplat nombor SAxxx.(Plat no Sabah)

Ketika nak membiasakan diri memandu ke tempat kerja-konon2 nak cuba drive kat KL...ketika menuju ke PJ menggunakan Federal Highway, tiba-tiba ayah budak tu ternampak signboard PETALING JAYA. Dia pun signal kete, masuk simpang tu dengan cepat. Dia heran sangat2 sebabnya jalan tu sempit, muat-muat size keta. Lagi pula motor kat belakang asyik2 bunyi kan hon. Tiba-tiba seorang Mat Motor yang berkesempatan untuk memotong

"Cik Abang...ni lorong motor,kereta takleh lalu sini. Kena keluar balik ke highway. Kalau tak, kena saman"Ujar budak tu

Dengan muka yang merah padam, terpaksa lah ayah budak tu meredah bunga hiasan kat tepi jalan untuk kembali masuk ke Highway

Nasib baik lah dapat keluar balik highway. Bayang kan kalau dah sampai Terowong MOtor-camana nak undur? nak lalu tak muat punye.

Untuk pengetahuan, kat Sabah takde lorong motor. Semua lorong kongsi sekali.

Begitu lah al-kisah ayah seorang rakan yang diceritakan balik oleh kawan tu menyebabkab kami ketawa terbahak-bahak bagaikan nak pecah perut.

Monday, January 4, 2010

Entry Baru?? Tungguuuu....Selamat Hari Krismas, Tahun Baru 2010, & Thaipusam Sekaligus

Disebabkan agak lama tak update entry, rasanya hari ni adalah kesempatan dan 'kesudian' untuk berkata-kata walaupun sedikit. Untuk makluman, sebenarnya Draft entry dah ada, cuma tak tau mana satu nak pilih untuk publish... Nak cari ilham dan mood bukannya senang. Ilham ada, masa takda. Ilham dan Mood ada, badan pula letih..Macam-macam ada. Lagi pula entry kali ni mungkin kena tapis2 gak. Ada sedikit adegan perlu diPOTONG.

Selepas entry ni, saya janji entry berikutnya akan menyusul.

Jangan lupa klik2 & melawat.

Akhir kata...Bersih, Cekap dan Amanah dengan Cemerlang, Gemilang & Terbilang demi Rakyat Didahulukan,Pencapaian di utamakan...dan dimulakan dengan naikkan harga Gula...hehehe