Thursday, January 14, 2010

PANDU KERETA DI LORONG MOTOR

Ketika memandu menuju ke PJ teringat satu cerita agaknya paling lucu di jalan raya. Kisah ayah seorang kawan yang berasal dari Sabah di pindah bertugas ke Semenanjung. Untuk menjimatkan kos, ayahnya membawa sekali kereta tua dari Sabah yang berplat nombor SAxxx.(Plat no Sabah)

Ketika nak membiasakan diri memandu ke tempat kerja-konon2 nak cuba drive kat KL...ketika menuju ke PJ menggunakan Federal Highway, tiba-tiba ayah budak tu ternampak signboard PETALING JAYA. Dia pun signal kete, masuk simpang tu dengan cepat. Dia heran sangat2 sebabnya jalan tu sempit, muat-muat size keta. Lagi pula motor kat belakang asyik2 bunyi kan hon. Tiba-tiba seorang Mat Motor yang berkesempatan untuk memotong

"Cik Abang...ni lorong motor,kereta takleh lalu sini. Kena keluar balik ke highway. Kalau tak, kena saman"Ujar budak tu

Dengan muka yang merah padam, terpaksa lah ayah budak tu meredah bunga hiasan kat tepi jalan untuk kembali masuk ke Highway

Nasib baik lah dapat keluar balik highway. Bayang kan kalau dah sampai Terowong MOtor-camana nak undur? nak lalu tak muat punye.

Untuk pengetahuan, kat Sabah takde lorong motor. Semua lorong kongsi sekali.

Begitu lah al-kisah ayah seorang rakan yang diceritakan balik oleh kawan tu menyebabkab kami ketawa terbahak-bahak bagaikan nak pecah perut.

5 comments:

Pakcik Mamau said...

kuang..kuang..kuang..nsb bek la xkna saman ka atau paling sadis kna belasah ngan mat2 motor tu..hehehe!

blueCITY said...

heeeeeeeeeee
teringat lak citer kawan saya
tak biasa sangat jalan di putrajaya
boleh dia masuk laluan motor
patut la dia rasa kenapa sempit sangat jalan ni
muat2 jer kereta dia
hahahhahahha

kalo lalu nak g alamnda
pasti ketawa jerk teringat peristiwa ni
ekekkek

Hamizah said...

hahaha..kalo kat Perth, mmg x lorong motor tp diorg tak mencelah. tapi mesti mengamsil space kereta

noor afzan said...

laa..ada jugak isiden camni..
huhu~

tiKa_AkiTa said...

hhahahaha klaka