Monday, January 25, 2010

Mutiara dan Kraftangan dari Sabah

Mungkin ramai yang meminati Mutiara. Kat Sabah, mutiara sangat mudah diperolehi di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu terutamanya di kawasan Pasar Filipina dan Pusat Kraftangan, Wawasan Plaza.

Kebanyakkan Mutiara yang terdapat kat Bandaraya Kota Kinabalu adalah jenis Mutiara Ternak. Ia berbentuk bujur, tidak seperti Mutiara Dasar Laut yang berbentuk bulat. Selain daripada bentuk, harga Mutiara Dasar Laut adalah sangat Mahal dan agak sukar didapati.

Selain Mutiara, Sabah juga terkenal dengan gelang-gelang tradisi yang diperbuat daripada manik-manik kecil. Kerja-kerja untuk membuat gelang-gelang tradisi ini agak sulit. Walau bagaimanapun, penduduk-penduduk kampung masih menjualnya dengan harga yang berpatutan.


Mungkin jika Tiada Aral Melintang, sedikit masa lagi saya akan pulang bercuti ke Sabah. Kalau ada siapa-siapa yang berminat untuk membuat tempahan, bertanya tentang maklumat gelang atau mutiara ni jangan segan silu untuk meng-email pertanyaan.

Sekiranya berkesempatan, saya akan berusaha untuk berhubung terus kepada pembuat-pembuat kraftangan dan pengusaha mutiara ini. Kebanyakkan mereka adalah golongan wanita dan bukanlah hidup terlalu mewah seperti yang kita bayangkan. Mungkin dengan sokongan daripada kita, golongan ini akan lebih berjaya dalam mengusahakan produk perniagaan kesukaan wanita ini.

7 comments:

Unknown said...

wah! mcm2 kraf tgn ade kt sabah? teringin plak aku nk pegi sana....

Amirah Rashid said...

betul tu
xprnh lg pegi sabah :)

tricksrex said...

wah..
agak2 mutiara hitam ade x?

Rieta said...

-Nick Irfan & Amirah & All Fren ==> Jemput ke Sabah..nak info, email je
-tricksrex ==>minat ke mutiara hitam, mmg ada, nak info email je

tricksrex said...

minat yang hitam la..ok email later..thanx

Nazz said...

Ada satu yang paling aku suka di Sabah.. dia punya seafood.. fresh..!!

Anonymous said...

teringin nak g sabah!!!